Lenovo Memfailkan Paten Untuk Peranti Seumpama Google Glass

Lenovo Memfailkan Paten Untuk Peranti Seumpama Google Glass

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

Nampaknya ramai pengeluar peranti yang berminat dengan peranti seumpama Google Glass, dan terkini pihak Lenovo dilihat memfailkan paten untuk peranti berbentuk kaca mata pintar daripada mereka yang tersendiri.

Melalui paten yang difailkan, Lenovo menerangkannya sebagai salah satu peranti yang digunakan untuk rakaman video dan audio. Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan sebuah paparan khusus, selain sokongan audio berasaskan kepada bone-conduction.

Kaca Mata Pintar Lenovo

Apa pun, seperti biasa, ia hanya sekadar pemfailakn paten sahaja. Ia tidak dipastikan lagi sama ada pihak Lenovo akan hadir dengan peranti berkenaan ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN