Pemenang DiGiCFC Siri Kelima Diumumkan

Pemenang DiGiCFC Siri Kelima Diumumkan

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

DiGi Challenge For Change (DiGiCFC) merupakan satu acara kelolaan DiGi dengan kerjasama MDeC, Google Malaysia, Microsoft Malaysia dan iM4U. Melalui acara ini, mereka mencari dan mahu memperbanyak aplikasi buatan tempatan yang mengkhususkan untuk merubah kehidupan seharian rakyat tempatan. Semalam, pemenang bagi peringkat pembangunan aplikasi untuk setiap kategori telah diumumkan dan membawa pulang hadiah lumayan.

Sebanyak 2,500 idea telah diperoleh pada pertandingan DiGiCFC tahap idea dan idea tersebut kemudiannya dibangunkan menjadi aplikasi. Sebanyak 56 aplikasi telah dihasilkan untuk empat idea yang telah menjadi pilihan juri. Pemenang aplikasi untuk kategori tersebut ialah:

Pemenang DiGi Challenge For Change
Kategori Pemenang peringkat Idea Pemenang peringkat Aplikasi
Learning & Edutainment 1Auto Carkis
Discovering Culture Jalan-jalan Mini Malaysia
Connected Citizens Tag A Price Smart Shopper
DiGizens’ Choice My Banjir Banjir Alerts

Dua anugerah khas turut diberikan kepada idea Tag A Price yang memenangi anugerah DiGi Innovation Award dan aplikasi Banjir Alerts akan mewakili Malaysia bagi pertandingan tahap global anjuran Telenor di Norway tidak lama lagi. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai RM25,000 dan aplikasi yang dihasilkan akan dipasarkan oleh DiGi. Mereka juga akan memperoleh tempat dalam program startup anjuran MDeC serta akan menerima sesi khusus selama tiga hari dari Google Malaysia dan Microsoft Malaysia.

Kami harap program sebegini akan berterusan di masa hadapan dan dengan sokongan rangkaian telekomunikasi buat para pembangun, aplikasi yang dibangunkan semasa pertandingan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Lawati: Galeri aplikasi yang dihasilkan sepanjang DiGiCFC


TIPS & ULASAN