Samsung Apps Bakal Dijenamakan Semula Kepada Samsung Galaxy Apps

Samsung Apps Bakal Dijenamakan Semula Kepada Samsung Galaxy Apps

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

Samsung kini dengan fokus terhadap beberapa platform, mereka dilihat ingin menjenamakan semula kedai aplikasi Android mereka, Samsung Apps kepada nama baru – Samsung Galaxy Apps. Perubahan ini bakal dilakukan oleh Samsung bermula 1 Julai 2014 ini.

Samsung Apps sebelum ini hadir bersama-sama semua peranti Android daripada Samsung, dimana melaluinya mereka menawarkan beberapa kandungan khusus, termasuk aplikasi daripada Samsung.

Samsung Galaxy Apps

Perubahan nama ini mungkin disebabkan pihak Samsung yang turut telah mula menawarkan peranti berasaskan Tizen akhir-akhir ini, dimana selain daripada jam tangan dan kamera, mereka turut menawarkan telefon pintar berasaskan Tizen yang dinamakan Samsung Z.

Penjenamaan semula ini bakal dilakukan secara automatik, dan pengguna akan dapat melihat perubahan pada ikon dan nama aplikasi berkenaan bermula 1 Julai kelak.


TIPS & ULASAN