Paint.NET 4.0 Diperkenalkan Untuk Pengguna Windows

Paint.NET 4.0 Diperkenalkan Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

Pada platform Windows, terdapat pelbagai perisian penyuntingan gambar, dan salah satu yang popular adalah Paint.NET. Kini, setelah melalui fasa pembangunan untuk beberapa bulan, Paint.NET 4.0 versi stabil ditawarkan kepada semua pengguna Windows secara rasminya.

Paint.NET 4.0 Beta

Seperti kemaskini setiap versi, Paint.NET hadir dengan pelbagai pembaharuan dan pengoptimasian untuk enjin penyuntingan mereka. Versi baru ini menggunakan enjin rendering baru yang mana membawa kepada sokongan GPU hardware acceleration, sekaligus menyumbang kepada masa penyuntingan dan prestasi yang lebih pantas.

Pihak pembangun Paint.NET juga dilihat telah mengemaskini bahagian toolbar, selain hadir dengan beberapa fungsi baru pada perisian penyuntingan imej ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Paint.NET 4.0 secara percuma daripada laman rasminya. Untuk makluman, Paint.NET 4.0 hanya menyokong sistem operasi Windows 7 dan terkini sahaja.

Muat-Turun Paint.NET 4.0 untuk Windows


TIPS & ULASAN