Redmi 1S Berharga RM419 Di Malaysia, Redmi Note Berharga RM509

Redmi 1S Berharga RM419 Di Malaysia, Redmi Note Berharga RM509

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini pihak Xiaomi Malaysia telah memperlihatkan harga tawaran dua lagi telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Redmi 1S dan juga Redmi Note.

Redmi 1S akan ditawarkan bermula 8 Julai 2014 ini pada harga RM419, sementara Redmi Note pula akan ditawarkan bermula 22 Julai pada harga RM509. Seperti biasa, kedua-duanya akan ditawarkan melalui laman rasmi mereka, Mi.com Malaysia.

Xiaomi Redmi

Redmi 1S merupakan peranti dengan spesifikasi asas pertengahan daripada Xiaomi, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan Snapdragon 400, memori 1GB RAM, dan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Xiami-Redmi-NoteM1970011

Xiami-Redmi-NoteM1970015

Redmi Note pula merupakan phablet daripada Xiaomi, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan lapan-teras, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Kedua-dua peranti ini dijana menggunakan sistem operasi Android, dan hadir dengan antaramuka MIUI. Kedua-duanya turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan sokongan kad mikro-SD. Di Malaysia, Xiaomi Redmi 1S berwarna putih juga bakal ditawarkan, tetapi akan mengambil masa beberapa minggu selepas tarikh penjualannya untuk ia ditawarkan.

Xiami-Redmi-NoteM1970012

Jadi, pada harga jualannya ini, adakah Xiaomi Redmi 1S dan Redmi Note akan menjadi pilihan anda?

Baca : Pandang Pertama Xiaomi Redmi Note


TIPS & ULASAN