Android “L” Developer Preview Diumumkan – “Material Design” Untuk Antaramuka

Android “L” Developer Preview Diumumkan – “Material Design” Untuk Antaramuka

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Kemaskini Android “L” merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, terutamanya pengguna Android. Berkongsi mengenainya, pihak Google mengumumkan Android “L” Developer Preview hari ini, sekaligus memberikan pembangun akses awal sebelum versi akhir dilancarkan.

Android L Developer Preview

Google turut menekankan yang mana Android “L” merupakan salah satu kemaskini besar untuk platform Android, dimana ia akan hadir dengan akses lebih daripada 5000 API baru, dan akan memfokuskan bukan sahaja pada peranti mudah-alih, tetapi lebih daripada itu.

Satu lagi fokus pada Android “L” ini adalah kemaskini pada antaramuka Android. Secara kasarnya, ia dilihat pihak Google menyertakan elemen rekabentuk “Cards” mereka yang popular, selain mengoptimasikannya untuk pelbagai jenis saiz skrin. Pihak Google memanggilnya sebagai “Material Design”.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview

Material Design ini dilihat ingin memudahkan pembangun dalam mereka aplikasi mereka, dan menjadikan pelbagai elemen selari pada aplikasi mereka. Penggunaan jenis animasi dan juga rekabentuk huruf dikemaskini supaya selari pada pelbagai skrin. Pelbagai pembaharuan antaramuka ini turut meliputi bahagian web, selain daripada aplikasi.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview

Bersama-sama kemaskini ini, bahagian lockscreen dan notifikasi juga turut menerima sedikit pembaharuan, dimana ia memperlihatkan notifikasi dalam bentuk Cards.

Para pembangun yang berminat, boleh mendapatkan rujukan untuk perkara ini di laman rasmi Google Design hari ini, sementara kod untuk Android “L” Developer Preview akan ditawarkan lewat hari ini.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview


TIPS & ULASAN