Google Memperkenalkan Fungsi “Personal Unlocking” Untuk Android

Google Memperkenalkan Fungsi “Personal Unlocking” Untuk Android

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Bersama-sama pengenalan kemaskini antaramuka untuk Android “L”, pihak Google turut memperlihatkan beberapa fungsi baru pada kemaskini sistem operasi tersebut. Salah satunya yang baru adalah Personal Unlocking.

Android L Developer Preview

Fungsi ini dilihat ingin membantu pengguna dalam memastikan peranti mereka sentiasa dalam keadaan yang selamat dan tidak diakses oleh mereka yang tidak dikehendaki.

Personal Unlocking berfungsi dengan mengambil beberapa perkara. Sebagai contoh, sekiranya anda menghubungkan peranti anda dengan sebarang peranti Bluetooth (seperti jam, speaker, mikrofon dan sebagainya), dan anda berada berdekatan peranti anda, maka peranti anda tidak akan meminta sebarang kod untuk akses peranti. Tetapi sekiranya sebaliknya, peranti akan meminta anda untuk memasukkan kod untuk mengakses peranti.

Android L Developer Preview

Selain daripada peranti Bluetooth yang dihubungkan, sokongna Personal Unlocking turut akan mengambil beberapa perkara lain dalam memastikan anda perlu memasukkan kod ataupun sebaliknya, termasuk data geolokasi anda, WiFi yang dihubungkan dan beberapa perkara lain.


TIPS & ULASAN