Cari @ Amanz

Android “L” selain daripada kemaskini pada antaramuka, ia juga turut akan membawakan kemaskini pada bahagian runtime sistem operasi berkenaan. Sehingga kini, Android menggunakan Dalvik, dan melalui Android “L” pihak Google akan menggunakan ART sepenuhnya pada sistem operasi berkenaan.

Android L Developer Preview

Melalui penggunaan ART, pihak Google memperlihatkan yang mana Android membawakan prestasi operasi yang lebih baik berbanding penggunaan Dalvik sebelum. Google turut menekankan yang mana segala aplikasi sedia ada akan menyokongnya secara automatik tanpa sebarang masalah.

Sebelum ini, Google telah memulakan ujian ART melalui KitKat, tetapi ketika itu pengguna diberikan pilihan untuk menggunakannya ataupun kekal dengan Dalvik.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview

Disamping itu, pihak Google turut menyatakan sokongan 64-bit akan hadir untuk Android melalui Android “L”, yang mana membawakan beberapa kelebihan dari segi pemprosesan dan penggunaan memori.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd