Cari @ Amanz

Google sebelum ini pernah hadir dengan beberapa projek khusus untuk menambah baik Android, dan melalui Android “L” mereka turut hadir dengan sebuah projek baru dinamakan “Project Volta” yang mana memfokuskan kepada penjimatan penggunaan bateri pada peranti Android.

Android L Developer Preview

Melaluinya, Google menawarkan beberapa kemudahan baru untuk para pembangun supaya dapat mengoptimasikan penggunaan bateri pada peranti, disamping menjadikan peranti yang digunakan lebih efisyen berbanding sebelumnya.

Pihak Google turut menambah salah satu fungsi popular pada Android “L”, yang mana dinamakan sebagai Battery Saver Mode, yang mana membolehkan pengguna memanjangkan lagi penggunaan bateri berbanding kebiasaan.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd