Android “L” Akan Membawakan Sokongan Sekuriti Dan Kawalan Data Yang Lebih Baik

Android “L” Akan Membawakan Sokongan Sekuriti Dan Kawalan Data Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Bercakap mengenai pelbagai fungsi baru yang dibawakan, semestinya sekuriti tidak boleh dilupakan. Bersama-sama dengan pengenalan Android “L” Developer Preview, pihak Google turut berkongsi beberapa perkara mengenai sekuriti pada platform mudah-alih popular tersebut.

Android L Developer Preview

Android L Developer Preview

Menurut Google, melalui Google Play Services, para pengguna seluruh dunia menggunakan versi terkini aplikasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping itu, penggunaan Google Play Services juga turut melindungi pengguna daripada pelbagai malware, disamping membolehkan pengguna menerima kemaskini sekuriti.

Melalui “L”, beberapa fungsi baru akan ditawarkan, dimana salah satunya adalah Factory Data Protection. Fungsi ini ingin memudahkan peranti yang dicuri atau hilang digunakan pengguna, dimana pengguna boleh mengawalnya melalui panel khas – berkemungkinan Android Device Manager.

Disamping itu, Android “L” turut menyertakan sokongan “Universal Data Controls” untuk membolehkan pengguna mengawal beberapa data penting, seperti data geolokasi dan lain-lain daripada diakses oleh aplikasi.


TIPS & ULASAN