Google Memperlihatkan Sokongan Aplikasi Android Di Chromebook

Google Memperlihatkan Sokongan Aplikasi Android Di Chromebook

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Android sedia mempunyai ribuan aplikasi yang diminati ramai, dan mungkin ada antara pengguna yang ingin menggunakan aplikasi tersebut di Chromebook. Di Google I/O, pihak Google berkongsi perancangan untuk membawa sokongan aplikasi Android ke Chromebook, dan turut memperlihatkan demonstrasi ringkas untuknya.

Android Chromebook

Melalui apa yang ditunjukkan, aplikasi Android yang dijalankan di Chromebook berfungsi tanpa sebarang masalah dan turut menyertakan beberapa sokongan khusus – seperti penggunaan webcam dan sebagainya.

Untuk aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet, ia dipaparkan dalam keadaan skrin penuh pada Chromebook tanpa sebarang masalah, sementara untuk aplikasi yang dioptimasikan untuk telefon pintar, ia hadir dalam tetingkap kecilnya tersendiri.

Android Chromebook

Android Chromebook

Google turut mengatakan yang mana pembangun boleh menambah sokongan untuk Chromebook pada aplikasi Android mereka dengan hanya menambah sedikit kod sahaja, dan tidak perlu melakukan perubahan drastik. Perkara ini juga mungkin dijayakan melalui pengenalan konsep rekaan antaramuka baru daripada Google pada Android “L”.

Apa pun, Google menekankan yang mana ia masih dalam pembangunan, dan tidak lagi diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan untuk semua pengguan Chromebook.


TIPS & ULASAN