Cari @ Amanz

Google Drive merupakan perkhidmatan storan awan daripada Google, yang mana diintegrasikan secara menyeluruh pada platform mereka, termasuk pada Android dan juga GMail. Terkini, Google menyatakan yang mana Google Drive mempunyai lebih 190 juta pengguna aktif sebulan.

Google Drive

Memandangkan lebih ramai menggunakan Google Drive, pihak Google turut mengumumkan sebuah inisiatif baru memfokuskan kepada perusahaan, dinamakan sebagai “Google Drive for Work”.

Melalui “Google Drive For Work”, Google menawarkan sokongan penyulitan data antara pelayan, disamping menawarkan lebih kawalan kepada pentadbir IT di sesuatu syarikat. Disamping itu, menariknya Google menawarkan sokongan storan tanpa had untuk program ini, dimana perusahaan dikenakan caj sebanyak $10 sebulan untuk seorang pengguna.

Google Drive For Work

Google Drive For Work

Selain “Drive for Work”, pihak Google turut mengumumkan aplikasi Slides untuk Android dan juga iOS, yang mana akan ditawarkan untuk dimuat-turun pada hari ini. Aplikasi ini melengkapkan tawaran aplikasi Docs dan Sheets yang diperkenalkan Google sebelum ini.

Google Drive For Work

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd