Cari @ Amanz

Google Mengumumkan Kemaskini Bahagian Profil Untuk Google Play Games

Oleh Aman

Link Copied!

Google Play Games telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia membolehkan pengguna menyimpan profil permainan mereka, dan memperlihatkan pencapaian mereka dalam sesuatu permainan disamping berkongsi dengan yang lain melaluinya.

Google Play Games

Terkini, di Google I/O, pihak Google mengumumkan sedikit kemaskini untuk Google Play Games. Salah satunya adalah kemaskini pada bahagian profil, yang mana kini dilihat memaparkan lebih banyak data mengenai jenis permainan yang dimainkan oleh anda.

Disamping itu, pada bahagian Saved Games, kini pengguna turut boleh melihat paparan rakaman skrin dan pencapaian mereka dalam sesuatu permainan.

Google Play Games

Google Play Games

Google Play Games kini dikatakan mempunyai lebih 100 juta pengguna baru, dan turut dikatakan Google sebagai salah satu rangkaian permainan yang meningkat naik dengan pantas.

Pada Google I/O juga, pihak Google turut telah mengumumkan Android TV, yang mana membawakan beberapa permainan ke kaca televisyen dan membolehkannya dimainkan oleh lebih dari satu orang dengan mudah.

Google Play Games


Komen ()