Google Slides Sedia Dimuat-Turun Di Android – QuickOffice Untuk Android Dan iOS Akan Ditamatkan

Google Slides Sedia Dimuat-Turun Di Android – QuickOffice Untuk Android Dan iOS Akan Ditamatkan

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Google SlidesLanjutan daripada pengumuman Google pada awal pagi tadi, kini aplikasi Google Slides untuk Android sedia dimuat-turun, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat fail berbentuk persembahan terus pada peranti mudah-alih mereka.

Pengenalan aplikasi Google Slides juga menyertai aplikasi Google Docs dan Sheets yang diperkenalkan sebelum ini – dimana ketiga-tiganya boleh digunakan secara percuma, dan diintegrasikan dengan Google Drive untuk penyimpanan.

Disamping itu, pihak Google juga dilihat akan membuang aplikasi Quickoffice daripada Google Play dan juga AppStore tidak lama lagi. Perkara ini adalah disebabkan integrasi pelbagai fungsi Quickoffice pada aplikasi Google Docs, Sheets dan juga Slides. Pihak Google mengatakan mereka akan membuang aplikasi Quickoffice dalam masa beberapa minggu lagi – dan seperti biasa, pengguna sedia ada boleh terus menggunakannya, tetapi tiada sebarang fungsi baru atau kemaskini yang akan ditawarkan untuk aplikasi berkenaan.

Muat-Turun Google Slides untuk Android


TIPS & ULASAN