Mungkinkah iPad Air Generasi Baru Akan Kelihatan Sebegini ?

Mungkinkah iPad Air Generasi Baru Akan Kelihatan Sebegini ?

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Dua minggu lepas apa yang dikatakan sebagai rekaan iPhone 6 tertiris ke internet apabila Jimmy Lin berkongsi gambarnya dengan iPhone 6. Ianya membawakan rekaan lebih nipis dengan bahagian tepi yang lebih melengkung. Baru-baru ini TLDToday telah berkongsi video berkenaan model dummy iPad Air 2.

Model dummy merupakan salah satu model yang biasanya diberikan kepada pengilang aksesori dan perkakas tambahan untuk penghasilan aksesori terbabit yang bersesuaian dengannya. Melalui model dummy ini, ia dilihat membawakan rekabentuk yang lebih nipis, butang suara yang terbenam berbanding timbul pada iPad Air sekarang, dan turut menyertakan butang Touch ID menggantikan butang Home asal pada iPad.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Wq3ReTbY89k]

 

Apapun oleh kerana ini adalah model dummy ia tidak boleh dikatakan sebagai versi akhir rekaan iPad Air 2. iPad Air 2, atau mengikut siri keluaran iPad 6 berkemungkinan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.


TIPS & ULASAN