Cari @ Amanz

Google pada awal pagi tadi telah mengumumkan Android “L” yang akan hadir tidak lama lagi, dimana ia akan memfokuskan bukan sahaja pada telefon pintar dan tablet, sebaliknya membawa platform Android ke lebih banyak peralatan elektronik yang digunakan setiap hari.

Bersama-sama pengenalan Android “L”, pihak Google turut mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk antaranya adalah Android Wear untuk jam tangan pintar serta peranti boleh-pakai, Android TV untuk televisyen, dan juga Android Auto untuk digunakan pada kenderaan.

Ke semua ini dikawal dan dihubungkan terus ke telefon pintar pengguna, sekaligus membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkara, disamping memudahkan pengguna melihat info yang diperlukan pada sesuatu masa.

Untuk memperlihatkan bagaimana ia boleh membantu dalam kehidupan seharian, pihak Google menyediakan sebuah video khusus, yang mana memperlihatkan penggunaan Android daripada bangun tidur sehingga ke waktu malam, yang mana meliputi telefon Android, Android Wear, tablet Android, Android Auto dan juga Android TV.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd