Cari @ Amanz

Bercakap mengenai pelayar web mudah-alih, semestinya Opera Mini merupakan salah satu yang diminati ramai. Terkini, selain fokus terhadap Opera Coast, pihak Opera Software turut memperkenalkan kemaskini pada pelayar web Opera Mini untuk iOS, sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Opera Mini iOS

Opera Mini iOS

Opera Mini iOS

Salah satu perubahan drastik yang dapat dilihat pada Opera Mini 8.0 untuk iOS adalah perubahan dari segi rekaan antaramuka, dimana kini ia selari dengan rekaan elemen iOS 7. Disamping itu, pihak Opera turut menyertakan fungsi Discover pada Opera Mini, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengikuti pelbagai kandungan dengan mudah terus pada pelayar web tersebut.

Opera Mini 8 juga turut memfokuskan kepada penjimatan penggunaan data, dimana pengguna boleh menjimatkan data sehingga 90% hasil penggunaan teknologi daripada Opera. Sokongan Opera Turbo turut disertakan untuk membolehkan pengguna melayari web dengan lebih pantas pada peranti mudah-alih mereka.

Opera Mini 8.0 untuk iOS turut menyertakan beberapa pembaharuan lain, termasuk sokongan tema, dan juga pengimbas kod QR terbina pada pelayar web berkenaan.

Bagi pengguna iPhone yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera Mini 8.0 secara percuma dari AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd