Aplikasi Starbucks Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Android Dan iOS Di Malaysia

Aplikasi Starbucks Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Android Dan iOS Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2014 oleh .

Pengenalan aplikasi khusus untuk sesuatu perkhidmatan telah menjadi salah satu trend akhir-akhir ini, dan terkini pihak Starbucks Malaysia dilihat telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Android dan iOS di Malaysia.

Starbucks Malaysia

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat baki pada Starbucks Card, disamping membuat pembayaran terus menggunakannya tanpa perlu menggunakan kad fizikal. Disamping itu, menggunakan aplikasi sama juga pengguna turut boleh melihat lokasi Starbucks berhampiran, dan mengikuti pelbagai tawaran yang disediakan pihak Starbucks Malaysia.

Sokongan menambah nilai terus pada aplikasi turut disediakan, dimana sekiranya memilih pilihan tersebut, pengguna akan dibawa ke pelayar web dan membuka halaman pembayaran Starbucks Malaysia yang menyokong beberapa medium pembayaran tempatan.

Starbucks Malaysia

Sebagai pengenalan, untuk tempoh terhad (antara 26 Jun hingga 13 Julai 2014), pihak Starbucks menyediakan promosi khas menawarkan minuman percuma apabila pengguna membuat pembelian menggunakan aplikasi mudah-alih berkenaan.

Starbucks Malaysia

Secara kasarnya, dari segi rekaan antaramuka kami agak kurang meminatinya. Beberapa bahagian pada aplikasi Android mengambil sedikit masa sebelum dapat diakses. Apa pun, ia boleh dikatakan sebagai salah satu langkah awal untuk Starbucks dalam membantu dan memudahkan pengurusan Starbucks Card oleh pengguna tempatan.

Muat-Turun Starbucks Malaysia untuk Android

Muat-Turun Starbucks Malaysia untuk iOS


TIPS & ULASAN