Peranti Android Wear Daripada Asus Dijangka Hadir Sekitar Bulan September

Peranti Android Wear Daripada Asus Dijangka Hadir Sekitar Bulan September

Diterbitkan pada June 27, 2014 oleh .

Semalam, Google telah mengumumkan beberapa jam tangan pintar berasaskan kepada Android Wear, dan salah satu yang tertinggal adalah Android Wear daripada Asus. Lanjutan daripadanya, kini ia dilaporkan yang mana Asus akan melancarkan jam tangan pintar Android Wear mereka sekitar bulan September ini.

Asus dikatakan menangguhkan sedikit pengenalannya, kerana mereka tidak ingin memperkenalkan ia dengan tergesa-gesa dan ingin menawarkan peranti Android Wear pada harga lebih rendah berbanding LG dan juga Samsung.

Bagaimanakah rekabentuk peranti berkenaan masih menjadi tanda tanya, dan tidak diketahui ia akan membawakan skrin bulat ataupun empat-segi. Asus dikatakan akan menyertakan skrin AMOLED pada peranti Android Wear mereka kelak.

Mungkinkah kelak dengan pengenalan Android Wear, Asus dapat mengekalkan permintaan yang tinggi seperti mana yang diterima oleh Asus Zenfone?


TIPS & ULASAN