Google Memperlihatkan Prototaip Project Ara – Telefon Pintar Modular

Google Memperlihatkan Prototaip Project Ara – Telefon Pintar Modular

Diterbitkan pada June 27, 2014 oleh .

Project Ara merupakan salah satu projek yang agak menarik dibawah Google, dimana ia membawakan konsep telefon modular ke realiti. Sebelum ini, ia dimulakan oleh Motorola, sebelum pasukan dibawah Project Ara diresap masuk ke pasukan ATAP (Advanced Technology & Projects).

Project Ara

Project Ara

Melalui acara khusus Project Ara yang diadakan di Google I/O hari ini, pihak Google secara langsung memperlihatkan peranti prototaip Project Ara, dan memulakan peranti berkenaan dihadapan para pembangun. Menariknya, ia berjaya melepasi skrin boot. Memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, maka sistem operasi Android untuknya dilihat masih tidak dioptimasikan sepenuhnya buat masa ini.

Project Ara

Project Ara

Namun, konsep telefon modular agak menarik, dimana pengguna boleh mengubah komponen mengikut kegemaran mereka dengan mudah, dan menggunakan sesuatu telefon yang serasi dengan mereka. Sebagai contoh, anda boleh menaik-taraf sesuatu komponen – seperti kamera sahaja, tanpa perlu mengubah keseluruhan peranti.

Sebelum ini, pihak Google pernah mengumumkan kerjasama dengan syarikat pencetak 3D untuk Project Ara ini, dan berkongsi lanjut mengenainya, pihak Google mengatakan mereka sedia mempunyai pencetak 3D pada kelajuan lebih 50 kali pantas berbanding pencetak 3D biasa untuk hadir dengan modul-modul untuk Project Ara ini.

Dengan perkembangan positif Project Ara ini, mungkin kita akan mendengar lebih banyak perkembangan dan berita berkaitan dengannya dalam masa beberapa bulan lagi. Sekiranya anda pembangun, mungkin boleh merujuk ke halaman rasmi Project Ara untuk mendapatkan beberapa maklumat lanjut untuk membangunkan untuknya.


TIPS & ULASAN