Cari @ Amanz

Selain daripada Project Ara, satu lagi projek menarik daripada Google dibawah pasukan ATAP (Advanced Technology & Projects) adalah Project Tango. Google telah berkongsi maklumat berkaitan dengan Project Tango pada awal tahun ini, dan kini dilihat mereka akan hadir dengan peranti pertama Project Tango untuk pengguna umum tidak lama lagi.

Bagi yang tidak mengenali Project Tango, ia merupakan salah satu usaha Google dalam memudahkan pemetaan 3D untuk keadaan disekeliling pengguna dilakukan pengguna peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan tablet. Peranti tersebut hadir dengan beberapa sensor dan kamera terbina untuk membolehkan ia mengetahui pelbagai perkara sekitar anda dan membuat pemetaan 3D untuknya.

Project Tango dilihat mempunyai beberapa potensi, termasuk dari segi permainan realiti-maya, memudahkan pengguna mencari sesuatu disekitar mereka, memudahkan pemetaan didalam bangunan, sehinggalah kepada membantu mereka yang mempunyai kekurangan pada daya penglihatan.

Berkongsi lanjut mengenainya di Google I/O, pihak Google dilihat bekerjasama dengan LG untuk hadir dengan tablet pertama Project Tango, dan dijangka akan diperkenalkan kepada umum pada tahun hadapan. Seperti biasa, pelbagai info seperti spesifikasi, harga dan sebagainya masih tidak dikongsikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd