Carian
Adobe Photoshop Express Hadir Untuk Para Pengguna Windows Phone
June 27, 2014 Aman

Setelah hadir ke beberapa platform, termasuk untuk pengguna Windows, kini Adobe dilihat memperluaskan aplikasi penyuntingan gambar popular mereka – Adobe Photoshop Express untuk para pengguna telefon pintar Windows Phone 8 dan juga Windows Phone 8.1.

Adobe Photoshop Express

Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini menawarkan beberapa penyuntingan asas, termasuk untuk crop, memutarkan gambar, membuang kesan mata-merah, dan juga menambah kesan khas dan mengawal pewarnaan pada gambar.

Aplikasi ini turut menawarkan beberapa kesan khas dan penuras gambar tambahan melalui pembelian dalam-aplikasi, sekaligus membolehkan mereka yang inginkan lebih banyak sokongan penyuntingan untuk membelinya.

Bagi pengguna Windows Phone 8 dan Windows Phone 8.1 yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Windows Phone Store hari ini.

Komen