Cari @ Amanz

Sebelum ini, pihak Twitter sedia memperkenalkan hashflag bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2014, dan terkini, mereka turut memperkenalkan sokongan sama bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba.

Twitter Hashflag

Menggunakan fungsi hashflag, pihak Twitter memaparkan sebuah imej kecil bersebelahan dengan sesuatu hashtag, sekaligus menjadikannya lebih menarik berbanding kebiasaan.

Bersempena dengan Ramadhan, dua hashflag hadir, iaitu dengan penggunaan #Ramadan dan juga #Eid.

Disamping hashflag, pihak Twitter turut bekerjasama dengan pihak @AlArabiya dalam membolehkan pengguna mengetahui waktu imsak dan juga waktu berbuka. Pengguna hanya perlu tweet kepada @AlArabiya dengan meletakkan hashtag #iftar atau #imsak, dan kemudian diikuti oleh lokasi, seperti #KualaLumpur. Fungsi ini dilihat masih tidak berfungsi dengan lancar sepenuhnya buat masa ini, dan mungkin akan lebih baik dalam sehari dua ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd