LINE Premium Call Menawarkan Panggilan Percuma Selama Tiga Hari

LINE Premium Call Menawarkan Panggilan Percuma Selama Tiga Hari

Diterbitkan pada June 27, 2014 oleh .

Ingatkah lagi, pada bulan lepas, pihak LINE telah memperkenalkan sokongan panggilan ke talian tetap dan juga talian mudah-alih untuk pengguna tempatan. Terkini, dalam menyambutnya secara rasmi, pihak LINE menawarkan promosi panggilan ke lebih kurang 71 negara secara percuma, bermula hari ini sehingga 29 Jun kelak.

LINE Premium Call dilihat sebagai penjenamaan semula untuk LINE Call, membolehkan pengguna menggunakan aplikasi permesejan popular tersebut untuk membuat panggilan ke pengguna LINE lain, ataupun ke talian telefon mudah-alih dan talian tetap di seluruh dunia. Untuk panggilan ke talian tetap, LINE mengenakan caj bermula 6 sen seminit, sementara 10 sen seminit untuk talian mudah-alih. Perkara ini sekaligus membolehkan anda kekal berhubung dengan mereka yang tersayang, walaupun mereka tidak mempunyai sebarang aplikasi LINE terpasang pada peranti mereka.

LINE Premium Call

Melalui promosi yang disediakan ini, panggilan percuma ditawarkan untuk 10 minit pertama untuk sebarang jenis panggilan. Panggilan percuma ditawarkan untuk talian tetap ke lebih 71 buah negara, sementara untuk ke lebih kurang 12 negara untuk talian mudah-alih.

Untuk menggunakan fungsi LINE Premium Call, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi LINE ke versi terkini, dan seterusnya klik pada More, dan pilih LINE Premium Call. Seperti kebanyakkan aplikasi lain, LINE menggunakan sokongan data internet untuk membuat panggilan, dan kualiti panggilan bergantung kepada kepantasan internet.


TIPS & ULASAN