Harga Apple iPod Touch Dikemaskini – Kini Bermula Pada Harga RM899 Untuk 32GB

Harga Apple iPod Touch Dikemaskini – Kini Bermula Pada Harga RM899 Untuk 32GB

Diterbitkan pada June 27, 2014 oleh .

iPod Touch merupakan salah satu pemain media daripada Apple, dan kini pihak Apple dilihat telah memperkenalkan potongan harga untuk iPod Touch mereka, menawarkan iPod Touch generasi ke-lima mereka pada harga lebih rendah berbanding sebelumnya.

Apple iPod Touch Baru

iPod Touch generasi kelima telah diperkenalkan sebelum ini, dimana ia hadir dalam variasi 32GB dan 64GB, menyertakan kamera belakang 5-megapixel iSight, kamera hadapan untuk FaceTime HD, skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina, dijana menggunakan cip Apple A5, dan dilengkapi dengan Apple EarPod.

Sebelum ini, Apple menjual iPod Touch generasi ke-lima pada harga RM1049 untuk 32GB dan RM1399 untuk versi 64GB. Melalui kemaskini harga yang diperkenalkan ini, Apple kini menawarkan iPod Touch dengan storan 32GB pada harga RM899, sementara versi 64GB pada harga RM1079.

Versi 16GB untuk iPod Touch lama tidak lagi ditawarkan, sebaliknya pihak Apple telah mula menawarkan iPod Touch generasi terkini dengan pilihan 16GB di beberapa buah negara. Malaysia masih belum menerima versi 16GB untuk generasi baru buat masa ini.


TIPS & ULASAN