Cari @ Amanz

Ketika WWDC tempoh hari, Apple telah memperlihatkan beberapa perkara baru pada OS X, dan salah satunya adalah perisian Photos untuk Mac yang mana akan menawarkan sokongan penyuntingan gambar, dan dilancarkan untuk pengguna pada tahun hadapan.

Photos OS X

Lanjutan daripadanya, kini Apple mengumumkan akan menamatkan pembangunan untuk perisian penyuntingan gambar popular mereka, iaitu iPhoto dan juga Aperture. Kedua-duanya sedia digunakan ramai pengguna OS X, dan pihak Apple bakal menawarkan sokongan pemindahan data sedia ada ke Photos For Mac dengan mudah.

Kebanyakkan fungsi penyuntingan juga bakal dikekalkan pada Photos for Mac, dan perisian baru ini dilihat bakal meliputi golongan pengguna profesional dan juga pengguna umum melaluinya.

Menyentuh pengumuman Apple juga, pihak Adobe mengatakan yang mana mereka akan terus melabur dalam platform iOS dan juga OS X, selain akan turut menawarkan pengguna iPhoto dan Aperture yang berminat untuk berpindah ke perisian mereka, seperti Lightroom. Lightroom merupakan salah satu perisian penyuntingan gambar daripada Adobe yang sedia digunakan ramai, dan mungkin pengumuman daripada Adobe ini sekaligus akan menarik beberapa pengguna untuk beralih ke platform mereka.

Pihak Apple bakal memperkenalkan Photos untuk Mac pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd