Panggilan Video Di Google Hangouts Tidak Lagi Memerlukan Pemalam Khusus Sekiranya Menggunakan Chrome

Panggilan Video Di Google Hangouts Tidak Lagi Memerlukan Pemalam Khusus Sekiranya Menggunakan Chrome

Diterbitkan pada June 28, 2014 oleh .

Sekiranya anda menggunakan Chrome Dev atau Chrome Canary, kini pihak Google dilihat menambah fungsi sokongan format panggilan video Hangouts secara terbina padanya, sekaligus tidak lagi memerlukan pengguna untuk memuat-turun dan memasang pemalam khusus untuknya.

Hangouts Chrome

Sebelum ini, sekiranya pengguna ingin membuat atau menggunakan panggilan video di Google Hangouts pada desktop, anda akan diperlukan untuk memuat-turun sebuah pemalam khusus. Untuk membolehkan pengguna menggunakannya tanpa menggunakan pemalam tambahan, pihak Google dilihat menggunakan teknologi WebRTC dan juga sedikit teknologi NaCl untuknya.

Memandangkan sokongan NaCl hanya di Chrome sahaja buat masa ini, maka ia hanyalah satu-satunya pelayar web yang boleh membuat panggilan Hangouts tanpa pemalam tambahan buat masa ini. Apa pun, mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat fungsi sama pada pelbagai pelayar web lain, termasuk Firefox dan juga Opera.

Buat masa ini, fungsi ini hanya pada versi pembangunan Chrome, dan ia dijangka akan hadir ke versi Chrome stabil tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN