5 Aplikasi Android Menarik Bersempena Bulan Ramadhan 2014

5 Aplikasi Android Menarik Bersempena Bulan Ramadhan 2014

Diterbitkan pada June 29, 2014 oleh .

Seperti tahun-tahun lepas, untuk tahun ini kami turut mengumpulkan beberapa aplikasi menarik bersempena dengan bulan Ramadhan kali ini. Seperti biasa, ini hanyalah beberapa aplikasi yang terdapat di Play Store daripada ribuan aplikasi lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi menarik, jangan lupa kongsikannya bersama kami dan pembaca lain melalui ruangan komen dibawah.

MuslimPro – Semua Fungsi Dalam Satu

MuslimPro

Salah satu aplikasi popular dikalangan pengguna beragama Islam adalah Muslim Pro. Aplikasi ini telah dimuat-turun oleh lebih 10 juta pengguna seluruh dunia, dimana melaluinya ia menawarkan beberapa informasi pantas, termasuk waktu solat, arah kiblat, al-Quran dan bacaan dalam MP3, serta pelbagai fungsi menarik yang lain. Pengguna turut boleh menggunakan aplikasi sama dalam mencari tempat makan halal berdekatan, dan juga masjid berdekatan.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Google Play Store, dan hadir dengan sokongan iklan. Pengguna boleh membuat pembelian dalam-aplikasi untuk membuang iklan tersebut sekiranya tidak mengemarinya.

Muat-Turun Muslim Pro untuk Android


myJakim – Aplikasi Rasmi Daripada Jakim

Aplikasi MyJakim

Aplikasi rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dimana ia hadir dengan pelbagai informasi berguna kepada pengguna, termasuk menyediakan akses ke halaman fatwa, dan juga soal-jawab berkaitan dengan kemusykilan agama.

Pihak Jakim turut menekankan yang mana segala informasi pada aplikasi ini telah disahkan oleh pihak mereka. Beberapa fungsi lain yang turut ditawarkan adalah sokongan paparan waktu solat, koleksi doa-harian, dan juga Surah Yassin dan Tahlil untuk digunakan oleh anda.

Muat-Turun my Jakim untuk Android


IKIM – Podcast Islam

IKIM Android

Radio IKIM merupakan salah satu radio yang menarik dan menyediakan pelbagai kandungan dan perbincangan ilmiah berbanding beberapa radio lain di Malaysia. Melalui aplikasi tidak rasmi ini, ia menyediakan akses untuk muat-turun pelbagai jenis audio perbincangan dalam bentuk podcast untuk didengar oleh pengguna.

Disamping akses ke pelbagai jenis podcast yang disediakan mengikut kategori, pengguna juga turut boleh mendengar radio IKIMfm terus melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini hadir dengan sokongan iklan, namun memandangkan ia memfokuskan kepada podcast, mungkin ia tidak begitu menganggu pengalaman penggunaan anda.

Muat-Turun IKIM untuk Android


A Summary of the Quran

Ringkasan Al-Quran

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada al-Quran, seperti Quran yang mana menawarkan aplikasi yang amat kemas dan menarik untuk dibaca. Begitu juga dengan aplikasi terjemahan, termasuk MuslimPro yang menawarkannya melalui aplikasi mereka.

Aplikasi “A Summary of the Quran” pula merupakan sebuah aplikasi ringkas, dimana ia membawakan ringkasan untuk setiap juzuk di al-Quran, dalam usaha memudahkan pengguna menghayati kisah-kisah didalam Quran, disamping menjadi bahan galakkan untuk para pengguna membaca al-Quran setiap hari.

Aplikasi ini hanya ditawarkan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Muat-Turun A Summary of the Quran untuk Android


Prophetic Timeline – Sirah Nabi

Prophetic Timeline

Daripada pembangun sama dengan aplikasi “A Summary of the Quran”, dimana melalui aplikasi ini ia menyediakan sirah nabi Muhammad (SAW) dalam bentuk interaktif dan menarik untuk dibaca. Sirah Nabi disusun dalam latar masa yang mudah untuk difahami, dan menggunakan bahasa Inggeris untuk kandungannya. Aplikasi ini juga hadir dengan audio percuma yang membaca kisah kepada pengguna – seperti audiobook.

Disamping itu, aplikasi ini turut menawarkan fungsi “Sirah Map” yang memaparkan lokasi dan tempat yang pernah dilalui oleh Nabi. Namun kami menghadapi sedikit masalah untuk mengaksesnya pada beberapa peranti kami.

Muat-Turun Prophetic Timeline untuk Android


Selain ini, antara aplikasi-aplikasi lain yang turut menarik dan pernah dikongsikan oleh kami sebelum ini adalah termasuk aplikasi Waktu Solat Malaysia, Quran, dan Mutabaah Ramadhan.

Jadi, bagi anda, sekiranya mempunyai sebarang aplikasi menarik yang lain, jangan lupa kongsikan ia bersama-sama kami dan pembaca lain melalui ruangan komen dibawah.


TIPS & ULASAN