BlackBerry Menawarkan Satu Aplikasi Percuma Setiap Hari Bersempena Ramadhan

BlackBerry Menawarkan Satu Aplikasi Percuma Setiap Hari Bersempena Ramadhan

Diterbitkan pada June 29, 2014 oleh .

BlackBerry sebelum ini pernah hadir dengan beberapa giveaway untuk para pengguna BlackBerry 10. Terkini, hari ini bersempena dengan bulan Ramadhan, mereka turut hadir dengan sebuah giveaway khusus yang menawarkan satu aplikasi percuma baru setiap hari.

BlackBerry - Ramadhan Giveaway

BlackBerry dilihat akan menawarkan satu aplikasi percuma setiap hari selama 29 hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk permulaan, hari ini mereka menawarkan aplikasi Salat yang mana menawarkan data waktu solat dan kompas secara percuma kepada pengguna mereka.

Jadi, bagi anda yang menggunakan peranti BlackBerry, mungkin boleh menyemak promosi yang disediakan oleh BlackBerry ini dengan hanya mengakses BlackBerry World setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami masih belum dapat pastikan buat masa ini sama ada pengguna BlackBerry OS 7 turut mendapat promosi sama atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN