Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai pembaharuan di perkenalkan pada Android L ialah antaramuka papan kekunci baru. Jika anda tidak sabar menggunakan papan kekunci ini anda boleh memuat turunnya hari ini.  Papan kekunci ini telah kami cuba pada beberapa peranti Jelly Bean dan Kit Kat dan mampu berfungsi tanpa sebarang masalah. Muat turun papan kekunci Android L di Play Store. Ikuti arahan yang diberikan dan selepas itu terus masuk ke skrin tetapan.

Untuk mengaktifkan papan kekunci ini anda harus memasuki skrin tetapan papan kekunci. Tatal skrin sehingga anda menemui pilihan advance options. Di dalam advance option pilih pula materiel untuk tetapan colour scheme. Kini anda menggunakan papan kekunci Android L di peranti anda. Tiada keperluan melakukan root terlebih dahulu sekiranya anda menggunakan peranti bukan Nexus. Pada peranti Nexus ini perlu dilakukan kerana papan kekunci Kit Kat terlebih dahulu harus dibuang dan digantikan dengan papan kekunci ini.

keybopard-L

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd