Cari @ Amanz

Microsoft dengan mengambil-alih Nokia, kini dilihat mempunyai beberapa perancangan untuk penggunaan jenama. Seperti semua sedia maklum, jenama Nokia amat popular diseluruh dunia, terutamanya di negara-negara membangun. Kini, menurut @evleaks, Microsoft dikatakan sedang dalam perbincangan bersama-sama pihak Nokia untuk penggunaan jenama mereka dengan lebih meluas berbanding perancangan awal.

Surface 2

Bersama-sama dengan ura-ura terbaru ini, salah satu perkara yang dikatakan adalah pihak Microsoft turut ingin mengantikan jenama Surface kepada Lumia. Untuk makluman, pihak Nokia sedia hadir dengan tablet Windows RT menggunakan nama keluarga Lumia sebelum ini, tetapi ia tidak dipasarkan ke rantau ini sehingga kini.

Nama Surface sendiri telah digunakan oleh Microsoft untuk “meja” interaktif dengan skrin sentuh mereka pada awalnya, sebelum ia mula digunakan pada tablet.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Apatah lagi, baru-baru ini pihak Microsoft telah memperkenalkan Surface 3 yang bakal hadir ke pasaran tempatan sekitar Ogos kelak.

Bagi kami, sekiranya pihak Microsoft ingin menggunakan jenama Lumia pada tablet, mungkin boleh menggunakannya pada versi Windows RT, sebaliknya nama Surface digunakan pada tablet yang menjalankan Windows 8 sepenuhnya. Perkara ini juga mungkin sekaligus mengurangkan kekeliruaan para pengguna terhadap produk daripada Microsoft.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan ura-ura ini? Adakah nama Surface perlu dikekalkan ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd