Cari @ Amanz

Pada tahun 2011 yang lepas, pihak Google secara rasminya hadir dengan perkhidmatan laman sosial terbaru daripada mereka, dikenali dengan nama Google+. Kini, selang tiga tahun, Google+ telah melalui pelbagai fasa, daripada ujian beta tertutup, dilancarkan kepada umum, sehinggalah kepada perubahan paparan antaramuka beberapa kali.

Sejak diperkenalkan juga, pihak Google telah mengintegrasikan sokongan Google+ sedikit demi sedikit pada perkhidmatan sedia ada mereka, sekaligus menjadikan Google+ sebagai salah satu perkhidmatan identiti daripada penyedia enjin carian terkemuka tersebut.

Sehingga kini, Google+ masih tidak digunakan dengan meluas oleh semua, tetapi sebaliknya ia mempunyai komuniti tersendiri yang berkongsi pelbagai perkara melaluinya. Pihak Google sendiri, selain daripada sokongan sosial, turut menawarkan pelbagai fungsi-fungsi memfokuskan kepada gambar dan juga video – terutamanya melalui Auto Awesome.

Dengan hanya berusia tiga tahun, semestinya pihak Google mempunyai lebih banyak perancangan untuk laman sosial mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkara baru hadir pada laman sosial berkenaan tidak lama lagi.

Bagi anda yang mempunyai akaun Google+, jangan lupa ikuti kami di sana di +Amanz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd