Cari @ Amanz

Aaron Swartz merupakan salah seorang pengaturcara dan aktivis internet, yang mana turut telah membantu dalam hadir dengan format RSS yang popular sehingga hari ini, membangunkan laman Reddit, dan turut membantu dalam beberapa perkara lain termasuk Creative Commons dan sebagainya.

Aaron Swartz

Apa pun, ia agak mengejutkan apabila beliau membunuh diri pada tahun lepas, selepas didakwa kerana memuat-turun jutaan kertas kajian akademik daripada MIT – dan dilihat berkemungkinan melalui masa penjara sehingga 35 tahun untuknya.

Lanjutan daripada itu, usaha untuk hadir dengan dokumentari berkaitan beliau telah dimulakan di KickStarter, dan hari ini filem dokumentari tersebut dilancarkan secara rasminya. Menurut pengarahnya, filem dokumentari ini bukan sekadar kisah hidup Aaran Swartz sahaja, sebaliknya turut menyertakan cerita dan komentar disebalik sistem Internet, dan cabaran yang dihadapi.

Filem dokumentari ini ditawarkan melalui Vimeo – yang mana hanya boleh dibeli oleh pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Apa pun, memandangkan ia dilabelkan sebagai Creative Commons, maka terdapat beberapa saluran yang menawarkannya, termasuk di YouTube, dan juga melalui laman Archive.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh menontonnya, dan mengetahui lebih lanjut berkenaan kisah Aaron Swartz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd