Microsoft Bakal Membawakan Sokongan Folder Pada Windows Phone

Microsoft Bakal Membawakan Sokongan Folder Pada Windows Phone

Diterbitkan pada June 30, 2014 oleh .

Sokongan folder terdapat pada beberapa platform operasi mudah-alih hari ini, dimana ia memudahkan lagi pengurusan aplikasi yang dipaparkan pada skrin utama. Pihak Microsoft dijangka akan menyertakan sokongan tersebut secara natif pada platform operasi mereka dalam kemaskini akan datang untuk Windows Phone.

Fungsi folder biasanya digunakan oleh para pengguna untuk kategorikan sesuatu kumpulan aplikasi, sekaligus memudahkan mereka mengaksesnya pada kemudian masa, tanpa perlu melalui senarai aplikasi yang panjang.

Fungsi ini dilihat akan hadir ke Windows 8.1 Update 1 yang dijangka bakal diperkenalkan Microsoft dalam beberapa bulan lagi.

Dengan info awal berkenaan dengan Windows 8.1 Update 1 ini, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai kemaskini akan datang ini pada minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN