Nokia Lumia 930 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM1999

Nokia Lumia 930 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan – Berharga RM1999

Diterbitkan pada June 30, 2014 oleh .

Microsoft Mobile hari ini secara rasminya telah mengumumkan peranti terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia Lumia 930, dan akan mula dijual di Malaysia secara berperingkat bermula minggu hadapan. Nokia Lumia 930 akan membawakan harga saranan RM1999 di Malaysia.

Nokia Lumia 930

Nokia Lumia 930

Nokia Lumia 930 merupakan salah satu peranti utama yang menjalankan Windows Phone 8.1 daripada Microsoft Mobile, dimana ia hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, dan turut dilengkapi sokongan rangkaian LTE. Di Malaysia, warna putih, hitam, hijau dan jingga akan ditawarkan dalam pilihan storan 32GB.

Peranti ini turut menyertakan kamera belakang 20-megapixel PureView, dan dilengkapi sokongan OIS dan juga lensa optik ZEISS. Untuk panggilan Skype pula, pihak Microsoft Mobile menyertakan kamera hadapan 1.2-megapixel bersama-sama dengannya.

Untuk pasaran tempatan, Microsoft Mobile menawarkan beberapa aksesori tambahan untuk pra-tempahan, termasuk antaranya adalah Nokia Treasure Tag dan juga Powerbank.


TIPS & ULASAN