Haiku : Kipas Siling Pintar Oleh Big Ass Fans

Haiku : Kipas Siling Pintar Oleh Big Ass Fans

Diterbitkan pada June 30, 2014 oleh .

Big Ass Fans ialah syarikat yang terkenal dengan kipas gergasi mereka. Di sekitar Selangor kami sedari banyak masjid diberikan dana untuk memasang kipas dari mereka yang mempunyai diameter 24 kaki. Kami difahamkan harga sebuah kipas gergasi ini mencecah RM 47 000. Ketika tarawikh tahun ini kami memang nampak mengapa pelaburan membeli kipas ini berbaloi. Tidak seperti tahun lalu kami tidak lagi basah ketika solat kerana jumlah makmum yang banyak.

contemporary-accessories-and-decor

Big Ass Fans kini menghasilkan produk baru dan ianya sebuah kipas siling kecil yang pintar. Kipas yang diberi nama Haiku ini boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Ianya selebar 1.5 meter dan dilengkapi pengesan kelembapan udara serta suhu bagi mengawal kelajuan bilah kipas secara automatik. Sistem kawalan aplikasi dilakukan dengan menggunakan teknologi WiFi dan dengan aplikasi khas ini juga membolehkan anda menetapkan waktu penggunaan secara automatik. Kami sangat tertarik dengan kipas ini kerana kami sebenarnya sudah bosan dengan masalah alat kawalan jauh kipas kami yang mudah rosak, hilang dan cepat kehabisan bateri. Dengan aplikasi telefon sudah pastinya ketiga-tiga masalah ini dapat diselesaikan secara serentak. Masalah yang ada sekarang ialah harga satu set kipas pintar lengkap dengan LED terbina ini mencecah RM 3000. Pada harga sebegini lebih berbaloi membeli sebuah penyaman udara sahaja!

DSCF4064-600x444

Sumber Big Ass Fans

 


TIPS & ULASAN