Pra-Tempahan Microsoft Surface Pro 3 Akan Dimulakan Esok – Harga Bermula RM2729

Pra-Tempahan Microsoft Surface Pro 3 Akan Dimulakan Esok – Harga Bermula RM2729

Diterbitkan pada June 30, 2014 oleh .

Microsoft Malaysia hari ini telah secara rasminya berkongsi beberapa maklumat baru berkenaan tablet perkomputeran mereka, Surface Pro 3, yang mana akan hadir ke pasaran Malaysia sekitar penghujung Ogos kelak dalam beberapa pilihan variasi.

Surface Pro 3

Harga Surface Pro 3
Core i3 64GB RM2729
Core i5 128GB RM3299
Core i5 256GB RM4199
Core i7 256GB RM4999
Core i7 512GB RM6779

Sebanyak lima model Surface Pro 3 akan ditawarkan oleh mereka, iaitu versi Core i3 64GB, Core i5 128GB, Core i5 256GB, Core i7 256GB dan juga Core i7 512GB. Harga Surface Pro 3 dilihat bermula RM2729 untuk Core i3 64GB dan meningkat sehingga RM6779 untuk Core i7 512GB.

Surface Pro 3 membawakan skrin bersaiz 12.2-inci dengan paparan 2160×1440 pixel, dan dilengkapi dengan pilihan memori 4GB atau 8GB. Surface Pro 3 turut membawakan perubahan pada bahagian kickstand yang boleh dilaraskan untuk beberapa bahagian. Kesemuanya akan hadir dengan sistem operasi Windows 8 penuh, membolehkan pelbagai perisian dijalankan.

Seperti biasa, harga yang diperlihatkan adalah hanya sekadar untuk Surface Pro 3 sahaja, dan pengguna turut boleh mendapatkan aksesori seperti Type Cover pada harga RM409 yang hadir dalam pilihan warna biru, cyan, ungu, dan juga hitam.

Pengguna yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuknya di Aone Plus Supplies & Services, Harvey Norman, Machanics Sdn Bhd, PC Image Sdn Bhd, Senheng Electric, SenQ Digital Station, SNS Network, Thunder Match Technology dan juga Viewnet Computer System.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=1t7rSZT_77E&feature=youtu.be]

Baca : Perbandingan antara Surface Pro 2 dan Surface Pro 3

Dikemaskini dengan tambahan pengedar dan juga harga Type Cover


TIPS & ULASAN