Cari @ Amanz

Samsung hari ini selain memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi rendah daripada mereka, Samsung turut memperkenalkan peranti kompak untuk Galaxy S5, dikenali sebagai Samsung Galaxy S5 Mini. Ia mengekalkan rekabentuk dan sensor pada peranti asal, tetapi membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah.

Samsung Galaxy S5 Mini

Galaxy S5 Mini hadir dengan skrin 4.5-inci HD Super AMOLED, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, 1.5GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan sokongan mikro-SD), bateri berkapasiti 2100mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2.1-megapixel.

Galaxy S5 Mini turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP67 seperti Galaxy S5 versi asal, disamping turut membawakan fungsi seperti Ultra Power Saving Mode dan juga S-Health. Pihak Samsung turut melengkapkan peranti ini dengan sensor untuk denyutan jantung, dan juga pengimbas cap jari.

Buat masa ini, harga jualan Samsung Galaxy S5 Mini di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan dapat melihatnya dilancarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Samsung Galaxy S5 Mini

Samsung Galaxy S5 Mini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd