Cari @ Amanz

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, kami bersama-sama beberapa penaja menyediakan beberapa hadiah menarik untuk para pembaca melalui giveaway ringkas. Untuk hadiah kedua bersempena Ramadhan ini kami menawarkan Western Digital My Passport Air 500GB, selain beberapa helai baju-T.

WD-Passport-Air

My Passport Air merupakan salah satu peranti pemacu cakera keras mudah alih yang direka mengikut tema MacBook Air. Ia seberat 160g dan senipis 11cm. Kenipisan dan kemasan aluminiumnya jelas serta ia sesuai digunakan sebagai salinan pendua Apple iaitu Time Machine. Meskipun pemacu ini hadir dalam format fail Mac OSX (HFS-Journaled), pengguna Windows masih boleh menggunakan pemacu ini dengan memformatkan semula kepada NTFS atau kepada format yang diinginkan.

Antara fungsi lain termasuklah penyulitan data dan penggunaan kata kunci dalam meningkatkan sekuriti peranti ini. Peranti ini menyokong USB 3.0 dan USB 2.0 serta tiada kabel kuasa tambahan diperlukan kerana ia hanya menggunakan satu kabel.

Untuk pemberian Amanz x Ramadhan yang kedua ini, pengguna hanya perlu meninggalkan komen di bawah dengan slogan, “Amanz akan lagi best kalau…“, dan slogan paling menarik akan memenangi WD My Passport Air ini, selain beberapa komen lain akan menerima baju-T khas daripada kami.

Seperti biasa, giveaway ini dibuka kepada semua yang mempunyai alamat di Malaysia, dan anda akan dihubungi berdasarkan kepada alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen slogan dibawah. Penerimaan komen akan ditamatkan pukul 2 pagi (3 Julai).

  • Info
  • Kemaskini 10.40 pagi 8 Julai 2014: Pemenang adalah

    • Hadiah utama WD My Passport Air 500GB: Hairul Hilmi Hassan
    • Hadiah baju-T: Jia Rizaira, Ding, Fizal
    • Pemenang juga akan dihubungi melalui email

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd