Apple Mula Menawarkan iPod Touch 16GB Pada Harga RM729

Apple Mula Menawarkan iPod Touch 16GB Pada Harga RM729

Diterbitkan pada July 2, 2014 oleh .

Selepas mengemaskini harga tawaran iPod Touch untuk pasaran Malaysia tempoh hari, kini pihak Apple turut telah menambah iPod Touch versi baru dengan kapasiti storan 16GB untuk para pengguna tempatan. Untuk versi ini, ia membawakan tanda harga RM729 di Malaysia.

Apple iPod Touch 16GB

iPod Touch ini hadir dengan rekaan yang nipis dan membawakan enam pilihan warna, skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina, kamera belakang 5-megapixel iSight, dan dilengkapi sistem operasi iOS 7. Penambahan iPod Touch baru ini menggantikan versi lama sebelum ini, sekaligus menyelarikan penawaran iPod Touch kepada generasi yang sama.

Selain versi 16GB, baru-baru ini pihak Apple turut telah mengemaskini harga tawaran iPod Touch mereka untuk versi 32GB dan juga 64GB, dimana ia ditawarkan pada harga RM899 dan juga RM1079.

Terima kasih Lut.


TIPS & ULASAN