Rakuten Memasuki Arena Penerbangan – Membuat Pelaburan Di AirAsia Japan

Rakuten Memasuki Arena Penerbangan – Membuat Pelaburan Di AirAsia Japan

Diterbitkan pada July 2, 2014 oleh .

Rakuten dilihat agak aktif akhir-akhir ini, dimana selepas mengambil-alih Viber dan juga Viki, kini mereka turut memasuki arena penerbangan dengan membuat pelaburan di AirAsia Japan. Rakuten sendiri sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di Malaysia pada tahun 2012 lepas.

AirAsia Japan

Melalui pelaburan yang dibuat, Rakuten memegang sehingga 18% pegangan pada AirAsia Japan yang akan menawarkan penerbangan pada kadar rendah di negara Jepun kelak. Pihak Rakuten dijangka akan memasarkan perkhidmatan portal bercuti mereka – Rakuten Travel – melalui pelaburan ini kelak. AirAsia Japan dijangka akan meliputi penerbangan domestik dan juga antarabangsa.

AirAsia sendiri sedia terkenal dikalangan para pengguna tempatan sebagai penerbangan pada kadar murah, dan ia meliputi penerbangan ke beberapa destinasi utama dalam dan luar negara. Buat masa ini, AirAsia beroperasi di lebih 208 laluan di 18 buat negara sekitar Asia dan juga Australia.


TIPS & ULASAN