Cari @ Amanz

Pada tablet Windows bersaiz kecil, mahupun tablet Windows RT, salah satu perkara yang agak mengelirukan pengguna adalah akses kepada desktop yang disediakan oleh Microsoft. Kini, ia dikatakan melalui kemaskini “Threshold” akan datang, fungsi tersebut akan dibuang, dan pengguna akan hanya dipaparkan dengan antaramuka Metro sahaja.

Acer Iconia W4

Perkara ini sekaligus dijangka akan mengurangkan kekeliruaan pengguna mengenai perisian dan aplikasi yang disokong pada tablet bersaiz kecil ini. Fungsi desktop pada tablet bersaiz kecil juga agak tidak berguna, memandangkan pengguna tidak boleh membuat begitu banyak perkara pada skrin kecil.

Sebelum ini, pihak Microsoft juga pernah mengatakan yang mana mereka akan menawarkan perlesenan percuma untuk peranti bersaiz kecil, dan berkemungkinan perubahan ini juga salah satu perkara yang disukai ramai.

Pihak Microsoft turut dijangka akan memperkenalkan aplikasi Office yang dioptimasikan untuk paparan Metro dan digunakan dengan skrin sentuh tidak lama lagi.

Ia turut dikatakan, berkemungkinan besar pelan perubahan pada bahagian desktop ini juga mungkin adalah salah satu sebab mengapa pihak Microsoft tidak memperkenalkan Surface Mini sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd