Cari @ Amanz

Vine merupakan salah satu perkhidmatan yang dimiliki oleh Twitter, dimana ia memfokuskan kepada perkongsian video selama 6 saat dan ia dimainkan secara berterusan (loop).

Kini, melalui kemaskini yang diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih dan juga web, pihak Vine memudahkan lagi pengguna mengetahui populariti sesuatu perkongsian dengan melihat berapa kalikah sesuatu video telah dimainkan.

Vine Loop

Disamping itu, pihak Vine turut membawakan sedikit kemaskini pada bahagian halaman utama Vine di Android dan iPhone – dimana kini ia memaparkan video pada saiz yang lebih besar dengan paparan lebih kemas.

Bagi pengguna Vine, anda boleh mengemaskini aplikasi Android dan iOS anda hari ini untuk melihat sendiri perkara-perkara baru yang dibawakan melalui aplikasi perkongsian video tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd