Cari @ Amanz

Microsoft pada awal tahun ini telah memperkenalkan Windows 8 Update 1, dan kini dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan Windows 8 Update 2 dalam beberapa bulan lagi. Menariknya, selain daripadanya, pihak Microsoft juga dilihat sedang aktif dalam membangunkan sistem operasi generasi akan datang mereka.

Windows 8.1 Start Menu

Dikenali dengan nama “Windows Threshold” buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada versi akhir akan dipanggil Windows 9 ataupun mempunyai nama yang berbeza.

Windows 9 ini kelak dijangka akan membawakan pelbagai perubahan baru, termasuk dari segi antaramuka dan beberapa yang lain.

Salah satu perkara yang turut akan menjadi fokus adalah pengguna desktop. Microsoft dijangka akan mengoptimasikan sistem operasi mereka, dimana ia tidak akan memaparkan Start Screen pada desktop. Disamping itu, ia turut dijangka akan menyertakan menu Start dengan sokongan Live Tiles – seperti dipertontonkan Microsoft sebelum ini.

Versi akhir Windows “Threshold” ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna pada tahun hadapan. Sementara Windows 8 Update 2 pula dijangka hadir sekitar bulan Ogos kelak dengan sedikit kemaskini kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd