Cari @ Amanz

Maxis pada tahun 2012 yang lepas telah memperkenalkan perkhidmatan storan awan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Loker. Melalui Loker, pengguna boleh membuat salinan fail media, disamping turut menyimpan senarai hubungan mereka – sekaligus memudahkan pengguna sekiranya berpindah ke telefon lain.

Apa pun, perkhidmatan storan awan yang menawarkan ruangan percuma sehingga 5GB itu dilihat akan ditamatkan oleh Maxis pada penghujung bulan ini, 31 Julai 2014. Sebab mengapa ia akan ditamatkan tidak dikongsikan oleh Maxis buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan storan Loker, mungkin boleh membuat salinan pendua untuk dokumen anda, dan menyimpannya pada perkhidmatan lain, seperti Google Drive, Dropbox, OneDrive dan sebagainya.

Tips awal daripada Radin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd