Kemaskini Android 4.4.4 KitKat Xperia Z1 Sedia Dimuat Turun

Kemaskini Android 4.4.4 KitKat Xperia Z1 Sedia Dimuat Turun

Diterbitkan pada July 2, 2014 oleh .

Berita baik buat pemilik Sony Xperia Z1 Malaysia. Kemas kini Android 4.4.4 kini sedia dimuat turun oleh anda dengan mengguna program Sony PC Companion. Antara fungsi baharu yang hadir dengan kemas kini ini ialah fungsi Simple Home Menu yang sebelum ini diperkenalkan pada Xperia Z2.

444-Xperia-Z1

Kemas kini ini adalah sangat pantas kerana versi Android 4.4.4 baru sahaja dikeluarkan oleh Google lebih kurang 2 minggu yang lalu. Malang sekali kepada pengguna Xperia Z Ultra dan Z1 Compact kemas kini ke Android 4.4.4 masih belum kunjung tiba. Kepada pemilik Xperia Z1, adakah peranti anda berfungsi dengan lebih baik selepas kemas kini? Kami difahamkan pada peranti Nexus 5, masalah penggunaan bateri berlebihan berlaku selepas kemas kini.

Terima kasih kepada  @Neorackle untuk tip ini.


TIPS & ULASAN