Google Hadir Dengan “Smarty Pins” – Permainan Kuiz Berasaskan Geografi

Google Hadir Dengan “Smarty Pins” – Permainan Kuiz Berasaskan Geografi

Diterbitkan pada July 2, 2014 oleh .

Google sering bereksperimen dan hadir dengan beberapa permainan berasaskan pelayar web menggunakan beberapa produk dan perkhidmatan mereka. Terkini, mereka memperkenalkan sebuah permainan baru berasaskan pelayar web, dinamakan sebagai “Smarty Pins”.

Smarty Pins menawarkan permainan yang memfokuskan kepada kuiz-kuiz dan pengetahuan pengguna mengenai geografi. Perkara ini sekaligus membuatkan Google mengintegrasikan Google Maps dalam permainan tersebut.

Google Smarty Pins

Google Smarty Pins

Smarty Pins akan bertanyakan soalan berkaitan dengan sesuatu lokasi, dan pengguna akan diperlukan untuk menarik pin dan meletakkan ia di lokasi jawapan, dan seterusnya pengguna akan meneruskan ke soalan berikutnya. Seperti biasa, ia turut dilengkapi dengan sistem markah, dan pengguna perlu menjawab dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, mungkin boleh layari permainan Smarty Pins hari ini di pelayar web anda.

Layari : Google Smarty Pins


TIPS & ULASAN