Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, pihak Google telah memperkenalkan salah satu fungsi khusus untuk Google Hangouts, dimana membolehkan para pengguna untuk menerima mesej daripada Google Hangouts dalam bentuk SMS pada telefon mereka. Namun, kini, sokongan tersebut dilihat telah ditamatkan dan tidak lagi akan beroperasi selepas ini.

Hangouts SMS

Melalui fungsi ini sebelum ini, sekiranya anda berada di lokasi yang tidak mempunyai data, ataupun menggunakan feature phone, ia memudahkan anda untuk terus kekal berinteraksi melalui Google Hangouts menggunakan SMS. Anda akan menerima mesej daripada rakan-rakan dalam bentuk SMS, dan boleh membalasnya terus menggunakan sokongan sama.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Google menamatkannya. Berkemungkinan kerana kini lebih ramai yang mempunyai akses data secara meluas berbanding sebelum ini. Mungkin juga pihak Google menamatkan sokongan tersebut kerana tidak ramai yang menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd