Cari @ Amanz

Sony pada awal tahun ini telah menjual jenama komputer riba VAIO mereka, sekaligus memperlihatkan fokus Sony terhadap peranti mudah-alih dan beberapa peralatan elektronik lain. VAIO yang kini beroperasi berasingan, kini dilihat hadir dengan dua komputer riba baru.

Dua komputer riba baru yang diperkenalkan adalah VAIO Pro dan juga VAIO Fit. Secara kasarnya, rekaan kedua-dua komputer riba ini boleh dikatakan menyerupai versi VAIO sebelum ini.

VAIO Pro hadir dalam dua variasi saiz skrin, iaitu 11.6-inci atau 13.3-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7, dan memori sebanyak 4GB RAM. Komputer riba ini menggunakan Windows 8.1, dan dikatakan mempunyai masa bertahan bateri sehingga 11.5 jam.

VAIO Fit

VAIO Fit juga turut dilihat hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi dengan saiz skrin 15-inci. Kedua-duanya juga turut menggunakan panel paparan Triluminous – yang turut digunakan Sony pada peranti mudah-alih mereka.

Kedua-dua komputer riba ini hanya dijual untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui sama ada ia akan dijual di pasaran global ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd