Microsoft Dan Canon Mengumumkan Kerjasama Dari Segi Perlesenan Paten

Microsoft Dan Canon Mengumumkan Kerjasama Dari Segi Perlesenan Paten

Diterbitkan pada July 3, 2014 oleh .

Microsoft hari ini menandatangani perjanjian dengan pihak Canon untuk kerjasama perlesenan dari segi paten. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mendapat akses ke paten satu sama lain, sekaligus membolehkan mereka berinovasi serta mengelakkan kes saman di mahkamah.

Microsoft mengatakan kerjasama ini meliputi pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk berkaitan dengan pengimejan digital dan juga peranti mudah-alih.

Seperti biasa, dengan perkembangan sihat dalam arena peranti mudah-alih, ia turut membawa beberapa spekulasi berkaitan dengan penggunaan sebahagian daripadanya untuk peranti Lumia mereka – yang sedia terkenal dengan PureView.

Apa pun, pihak Microsoft mungkin turut mempunyai perancangan lain untuk pelbagai produk mereka, termasuk Kinect dan sebagainya.


TIPS & ULASAN